Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan akan bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ia kerana, katanya, beliau percaya calon bebas jika menang tidak terikat dengan WHIP dan bebas bercakap di Parlimen mengenai rakyat.

“Pasti ada calon bebas yang bertanding, tapi tak tahu jumlah, tapi yang bertanding saya tentulah, kalau panjang umur dan sihat, saya akan bertanding di kerusi Pasir Mas.

“Saya ulang berkali-kali (sebelum ini) dalam pilihan raya akan datang dan kalau ada tawaran lain-lain parti saya terbuka.

“Tapi ada benda yang saya akan minta awal-awal (dari parti itu), tidak ada syarat dan saya pegang aspek yang kamu bebas bercakap di Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA.

Sebelum ini, PERKASA mengumumkan akan meletakkan 50 calon bagi bertanding dalam PRU14.

Ibrahim menamakan kumpulan itu sebagai “Calon Barisan Bebas PERKASA”.

Terdahulu, beliau mengibaratkan dirinya seperti ‘janda seksi’ berikutan beberapa parti politik sudah ‘melamarnya’ untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing.

Beliau bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas pada pilihan raya 2013. Kerusi itu kini disandang oleh Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS