Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan penggabungan partinya dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ini memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.
Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.
“Ia berpotensi menjadi idea yang baik kerana pendekatan dan pandangan AMANAH selari dengan PKR, malah kedua-duanya bersifat pelbagai bangsa dan budaya,” kata anggota Dewan Undangan Negeri PKR untuk Seberang Jaya.
“PKR dan AMANAH ada ramai pemimpin yang baik.
“Dan kedua-dua pihak boleh bekerjasama mengukuhkan bukan sahaja parti masing-masing tetapi juga blok pembangkang secara keseluruhannya, termasuk untuk berdepan pilihan raya umum ke-14.”
Jika penggabungan itu berjaya, kata Afif, AMANAH tidak lagi akan digelar sebagai serpihan PAS dan anggotanya akan menjadi sekutu setara dengan PKR.