Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keretapi ‘mayat’ masih jajah penduduk Tenom, Sabah
Diterbitkan:  Dec 12, 2016 8:56 AM
Dikemaskini: 1:03 AM

Tatkala penduduk di ibu negara teruja untuk menaiki kereta api besar MRT tidak lama lagi, rakyat Sabah masih dibelenggu dengan kedaifan sistem pengangkutan daratnya.

Masakan tidak menyedihkan untuk mengetahui nasib sebahagian pengguna keretapi di beberapa buah kampung di Tenom, Sabah yang terpaksa menaiki gerabak terbuka untuk pergi ke destinasi masing-masing.

Namun, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt berkata, keadaan daif itu bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna keretapi di Sabah khususnya di kawasan pedalaman memandangkan ia telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

"Kedaifan dan risiko bahaya ini bagaimanapun terpaksa diharungi penduduk dari empat buah kampung di Tenom iaitu Kampung Pangi, Kampung 78, Kampung Rayu dan Kampung Kolondos dalam daerah tersebut.

“Saya sedih bila melihat penduduk kampung terpaksa tanggung risiko dan bahaya berhimpit-himpit atas pelantar keretapi tanpa bumbung dan dinding.

“Keadaan ini amat memalukan apabila rakyat Malaysia di Sabah masih terpaksa bergantung kepada sistem keretapi yang dibina sejak zaman penjajah lagi,” katanya, memetik laporan Roketkini.

Menurut beliau, insiden pengguna menaiki pelantar keretapi kosong tanpa gerabak yang biasanya digunakan untuk kargo itu tidak dapat diterima.

"Mana perginya semua kabin penumpang moden yang sepatutnya sudah ada?" tanya beliau yang juga ahli Parlimen Sandakan.

Ujarnya, BN melayan Sabah secara tidak adil apabila tidak bertindak segera memperbaiki sistem pengangkutan keretapi negeri itu sebaliknya memperuntukkan RM55 bilion bagi keretapi laju pantai timur sebanyak RM55 bilion.

"Saya menggesa kerajaan BN supaya segera menaiktaraf keseluruhan sistem perkhidmatan keretapi di Sabah supaya rakyat di sini dapat menikmati kemudahan itu dengan selesa dan sempurna seperti di Kuala Lumpur,” tambahnya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa beberapa “rakan atas talian” beliau mencuba kereta api besar MRT sebelum dibuka pada 16 Disember depan.

Mereka naik di stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara untuk meninjau projek itu sebelum fasa pertama laluan Sungai Buloh-Kajang (dari Sungai Buloh ke Semantan) dibuka Jumaat depan.

Antara yang bersama beliau adalah wakil daripada web-web 'hipster' seperti PenMerahdotcom, BeautifulNara dan TheVocket.

Turut menyertai mereka pengacara radio HotFM, 'jugambar Instagram' serta sertai pemimpin pelajar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS