Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib dan 'hipster' naik MRT
Diterbitkan:  Dec 9, 2016 7:58 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa beberapa “rakan atas talian” beliau mencuba kereta api besar MRT, seminggu sebelum dibuka pada 16 Disember depan.

Mereka naik di stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara untuk meninjau projek itu sebelum fasa pertama laluan Sungai Buloh-Kajang (dari Sungai Buloh ke Semantan) dibuka Jumaat depan.



Antara yang bersama beliau adalah wakil daripada web-web 'hipster' seperti PenMerahdotcom, BeautifulNara dan TheVocket.

Turut menyertai mereka pengacara radio HotFM, 'jugambar Instagram' serta sertai pemimpin pelajar.

“Sepanjang perjalanan, kami sempat bersembang santai mengenai hala tuju pengangkutan awam negara, terutamanya kesan dan impak besar yang akan dibawa oleh MRT kepada negara, dan lebih penting lagi kepada gaya hidup rakyat semuanya,” katanya.

Dalam blognya hari ini, beliau berkata, MRT akan menambah baik kesalinghubungan, apatah lagi bila bas pengantara disediakan di setiap stesen MRT.

“Lebih daripada itu, MRT juga akan melengkapi kemudahan pengangkutan awam sedia ada dan memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi sepertimana yang kita impikan.

“Saya tak sabar menanti 16 Disember ini untuk anda semua dapat merasai sendiri masa depan pengangkutan awam negara.

“Jom naik MRT!” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS