Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam Dr M tuduh pembantu Rosmah sebar fitnah
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 12:08 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Ketegangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki episod baru bertemakan keagamaan apabila kedua-duanya membuat rujukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Dan kini, penyokong masing-masing dilihat turut menyemarakkan ketegangan tersebut.

Dalam catatan Facebooknya, peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla melancarkan serangan terhadap Rizal Mansor yang merupakan pembantu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Haniff menuduh Rizal melakukan fitnah berhubung dakwaan Mahathir 'memperlekehkan' Nabi Muhammad SAW ketika berucap semasa konvensyen DAP pada hujung minggu yang lalu.

Peguam itu juga mendakwa Rizal tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memahami kenyataan Mahathir atau sengaja bertindak memutarbelitkan perkara itu.

Mengimbas ucapan Mahathir, beliau berkata, bekas perdana menteri itu menyatakan bagaimana Najib kononnya membandingkan dirinya kepada Nabi Muhammad SAW.

""Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB.

"Nabi tidak ada RM2.6 bilion di dalam akaunnya, itulah sebabnya kita memandang tinggi.

"Tetapi Najib, beliau perlu dihadapkan di mahkamah untuk menjawab semua perkara yang telah dilakukannya," ujar Mahathir.

Berdasarkan itu, Haniff berkata, adalah jelas Mahathir tidak pernah menghina nabi dan menggesa rakyat Malaysia untuk melihat rakaman video ucapan tersebut.

"Sebenarnya, seperti yang anda tahu atau berpura-pura tidak tahu adalah ucapan Mahathir ialah kritikan yang tegas terhadap perdana menteri iaitu bos anda," katanya yang ditujukan kepada Rizal.

Semalam, Rizal berkata, Mahathir perlu menunjukkan dirinya lebih DAP dari DAP sehingga sanggup memperlekeh Nabi sendiri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS