Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tak pernah keluar notis harga minyak masak naik
Diterbitkan:  Dec 5, 2016 1:28 PM
Dikemaskini: 5:34 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baru dilaksanakan.

Hamzah hari ini membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah
disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah
keluarkan notis pemberitahuan tersebut," katanya pada persidangan Dewan Negara di ibu negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenai aduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum
kenaikan harga diumumkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan 'Friends of KPDNKK' (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi
kepenggunaan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November lepas.


-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS