Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan Rohingya tetap diteruskan, kata Wisma Putra
Diterbitkan:  Dec 3, 2016 11:50 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Kerajaan membenarkan Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya ekoran berlakunya krisis Rohingya atas dasar kemanusiaan dan kerana memberi kesan kepada keselamatan Malaysia.

Wisma Putra berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi amaran untuk Malaysia tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara itu.

"Kementerian Luar memandang berat krisis kemanusiaan di Rohingya, kesan limpahannya yang akan menjejaskan keselamatan, keselamatan dan kedudukan Malaysia sebagai negara jiran Myanmar dalam Asean.

"Dalam konteks ini, Malaysia membenarkan himpunan solidariti berkenaan," katanya dalam kenyataan pagi ini.

"Sebagai jiran dan anggota yang bertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk memastikan rakan dalam Asean mengambil langkah yang proaktif untuk mencegah perkara itu daripada terus merosot.

"Malaysia arif mengenai prinsip-prinsip Asean setelah menjadi anggota pengasas organisasi serantau," kata Wisma Putra.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS