Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau malu menyebut bahawa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali adalah kawannya.

“Saya malu, dia kawan saya tapi tak mahu masuk BERSATU pasal kita kawan dengan DAP," kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Ibrahim mendakwa bahawa DAP adalah "jahat", tetapi jika dibandingkan DAP dengan MCA, siapa sebenarnya lebih jahat.

Katanya, DAP secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya.

Adakah MCA atau MIC pernah melakukan perkara yang sama, soalnya.

Beliau turut mengulas keputusan Ibrahim untuk meletakkan 50 calon bebas mewakili kumpulan pendesak Melayu itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ini, katanya, bermakna bahawa Ibrahim bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Dia bekerja untuk Datuk Seri Najib. Sebab dia tau kalau lebih daripada pertandingan satu lawan satu, Najib akan menang. Jadi dia berusaha supaya Najib menang

“Dia pura-pura berjuang untuk orang Melayu, tak boleh cakap dengan DAP. Tapi dia sanggup bekerja dengan Najib, dia sanggup sokong orang yang curi duit,” kata Mahathir.

Beliau juga menafikan bahawa pernah menjadi penaung PERKASA.

Ibrahim pada Ahad lalu mengumumkan PERKASA merancang untuk meletakkan 50 calon pada pilihan raya umum akan datang, termasuk dirinya.

Katanya, mereka tidak akan menggunakan platform parti politik sebaliknya hanya bergerak sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan.

Sementara itu, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini tidak mahu mengulas dan sebaliknya berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS