Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelabur Malaysia paling berisiko - kolumnis Bloomberg
Diterbitkan:  Nov 15, 2016 4:22 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Pelabur Malaysia paling berisiko di Asia jika perang perdagangan meletus antara China dan Amerika Syarikat yang bakal diteraju oleh Donald Trump, kata kolumnis Bloomberg Andy Mukherjee.

Janji-janji kempen Trump, termasuk melabelkan China sebagai penyanggak mata wang dan mengakhiri "semua salah laku perdagangan asing", akan mencetuskan tindak balas, kata Mukherjee dalam seksyen Gadfly portal kewangan itu.

Menurutnya, pelabur Malaysia adalah yang paling terdedah di rantau ini kerana negara ini bukan rakan dagangan Amerika Syarikat yang besar.

Ini tidak seperti China, Jepun, Korea Selatan, India dan Singapura, yang adalah antara 15 rakan perdagangan terbesar Amerika Syarikat, tulis Mukherjee.

Pelabur yang tidak tentu arah berebut untuk membeli dolar di tengah-tengah ketidaktentuan Trump "menjadikan Malaysia pasaran baru yang paling terdedah," katanya.

Semalam, Moody berkata hutang luar negara yang tinggi menjadikan Malaysia paling terdedah.

Ini susulan CIMB Research yang menjangka ringgit akan terus menjunam kepada RM4.80 berbanding dolar Amerika dalam tempoh enam bulan akan datang.

Kelesuan ringgit juga boleh memberi kesan terhadap sentimen pengguna yang lemah, yang sudahpun terjejas dengan skandal 1MDB, kata Mukherjee.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS