Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pengurus bank Jho Low mengaku salah
Diterbitkan:  Nov 11, 2016 3:59 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Bekas pengarah urusan bank BSI Switzerland, Yak Chee Yew dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah.

Straits Times, Singapura melaporkan Yak mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB.

Yak adalah pengurus bank bagi jutawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan bertanggungjawab menjaga akaun 1MDB untuk bank Swiss BSI.

Oktober lalu, Yak didakwa dengan tujuh tuduhan jenayah oleh pihak berkuasa Singapura berkaitan dengan siasatan 1MDB di republik itu.

Pada masa yang sama, seorang lagi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei sedang dibicarakan dan berdepan dengan empat pertuduhan kerana cuba mengganggu saksi.

Yeo semalam memberitahu mahkamah bahawa Jho Low adalah pelanggan paling penting Yak, kerana memperkenalkan BSI kepada dana pelaburan Malaysia iaitu 1MDB.

Polis Singapura berkata mereka sedang menyiasat Low berhubung pengubahan wang haram.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS