Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: TI lobi DiCaprio beri tekanan kepada Najib
Diterbitkan:  Oct 28, 2016 6:31 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Transparency International (TI) sedang melobi bintang filem Hollywood Leonardo DiCaprio untuk menggunakan kuasanya untuk memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Penyelaras serantau TI bagi Asia Pasifik, Samantha Grant berkata DiCaprio boleh melakukan ini dengan menandatangani deklarasi menentang rasuah.

Ini, katanya, akan memasksa bintang itu membuat pengakuan bahawa dirinya tidak menerima sogokan dan berkempen menentang rasuah serta melaporan sebarang salah-laku rasuah.

"Kita hidup dalam dunia yang sangat menarik, jadi dengan Leonardo DiCaprio berkata secara terbuka bahawa ini tidak okay, beliau sebenarnya meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri Najib.

“Rakyat Malaysia akan mendengar jauh lebih kuat," katanya yang dipetik oleh Hollywood Reporter yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Grant berkata, langkah ini juga akan membantu melindung imej DiCaprio sebagai seorang aktivis alam sekitar.

NGO Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland pada 14 Oktober lalu, menggesa DiCaprio untuk meletakkan jawatan sebagai utusan pendamai Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim jika beliau gagal menjauhkan diri daripada skandal 1MDB.

Ia juga menggesa DiCaprio untuk kembali apa-apa wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

DiCaprio terjebak dengan skandal 1MDB melalui kerjasamanya dengan Red Granite, yang ditubuhkan bersama dengan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Syarikat itu dituduh dibiayai oleh dana yang diselewengkan dari 1MDB, termasuk untuk penerbitan filem The Wolf of Wall Street yang dibintangi oleh DiCaprio.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS