Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengacara Bernama TV dakwa digantung kerana 'pendedak'
Diterbitkan:  Oct 27, 2016 5:19 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Pengacara popular Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendakwa mendapat 'protes hebat daripada media Umno'.

Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis di Facebook mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.

Difahamkan Adnan sebelum itu dijemput sebagai tetamu dalam program berkenaan.

Dahlan berkata, tindakannya menyiarkan pandangan Adnan di media sosial dibantah oleh Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani.

Sambil menyertakan paparan kiriman WhatsApp oleh Ahmad Kamal, Dahlan berkata Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang kemudian bertindak menggantungnya. 

"Protes hebat daripada media Umno oleh Dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama TV bertindak "menggantung saya" daripada mengacarakan program Ruang Bicara.

"Kepada Azman Ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan," katanya.

Menulis di Facebook dengan tajuk 'Selamat Tinggal Ruang Bicara', Dahlan turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kepimpinan Bernama, tetapi mendakwa menjadi mangsa pengamal media seperti Azman.

"Menuduh saya untuk menjatuhkan saf kepimpinan di Bernama agak keterlaluan. Dan ia bukan matlamat saya. Saya bukan orang politik tapi hari ini orang sekecil saya pun menjadi mangsa orang media seperti Azman Ujang," tulisnya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Dahlan dan Azman untuk mendapatkan reaksi lanjut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS