Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi MyWatch didakwa hina IGP
Diterbitkan:  Oct 27, 2016 1:29 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya atas dakwaan menghantar komen jelik terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, awal September lalu.

Beliau didakwa membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dilaman Facebook.

Sanjeevan, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Ahli perniagaan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS