Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya mendiamkan dirinya daripada membuat dirinya kelihatan bodoh, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Pemimpin Umno itu yang sering menempelak Dr Mahathir dengan kenyataan pedasnya mengulas tulisan Dr Mahathir di blog yang membidas Bajet 2017 sebagai tidak bermakna kerana kerajaan tidak mempunyai wang.
"Jika kerajaan tidak ada wang bagaimana kita mahu mentadbir negara tahun depan?" soal Nazri bertanya, ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
"Tolong beritahu dia supaya diam.
"Lebih baik untuk beliau berdiam diri dan bagi orang ramai berfikir dia adalah bodoh daripada dia membuka mulut dan mengesahkan bahawa dia benar-benar bodoh," katanya.