Polis hari ini menahan dua lelaki atas dakwaan menyerang seorang kakitangan Suruhanjaya Air Johor (SAJ) yang memotong bekalan air ke rumah suspek kerana tidak membayar bil.
Suspek berusia 36 dan 19, dari Kulai itu juga mengugut dua kakitangan SAJ dengan cangkul.
Dalam video kejadian yang tersebar di media sosial, suspek menanggalkan topi keledar kakitangan SAJ itu lalu menumbuk kepalanya manakala seorang rakannya pula menendangnya.
Suspek yang tidak memakai baju tetapi hanya berseluar pendek, juga kedengaran mengarahkan kakitangan SAJ berkenaan untuk menyambung semula bekalan air kerana ibunya telah membayar bil.
Video: Pukul, ugut 'Hang Cangkul' dicari polis oleh kinitv
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kakitangan SAJ itu mengalami "kecederaan tisu lembut".
"Kedua-dua suspek menyerang pengadu dan rakannya menggunakan tangan dan topi keledar," katanya dalam satu kenyataan.
Suspek masing-masing ditahan pada kira-kira jam 2 pagi di Jalan Indahputra dan Kampung Melayu di Kulai,
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.
Sebagai tindak balas kepada video yang viral itu, pengguna internet menghasilkan pojok menampilkan lelaki bersenjatakan cangkul dalam pelbagai situasi lucu. Lelaki itu disebut sebagai 'Hang Cangkul’.
Antara lain, dia diletakkan di tengah-tengah padang golf, padang bola sepak, melarikan diri haiwan yang menyerbu, berdepan dengan Ultraman, menari di pentas dan sebagainya.
Turut mencuri tumpuan adalah gaya poster telenovela berjudul 'Suamiku Si Tukang Cangkul'.
Selepas video, suntingan gambar 'Hang Cangkul... oleh kinitv