Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘K'jaan tak seharusnya campur tangan dalam Badan Peguam’

Kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam pengurusan Badan Peguam Malaysia mahu pun badan-badan profesional lain di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) yang bertanya mengenai rancangan Putrajaya untuk melantik dua wakil kerajaan dalam Badan Peguam melalui cadangan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976.

"Bagi saya secara peribadi, saya sependapat dengan anda," katanya.

"Sepatutnya, badan-badan profesional di negara ini, tidak kira sama ada Badan Peguam Malaysia, badan perubatan, atau kejuruteraan, pandangan peribadi saya adalah bahawa tidak ada keperluan dan tidak sepatutnya ada campur tangan kerajaan secara langsung.

"Sebagai bekas peguam bela, peguam cara dan peguam syariah, secara peribadi, saya berpegang kepada pendirian bahawa tidak boleh ada campur tangan langsung.

"Namun, mengikut norma, badan-badan profesional di negara ini perlu dikawal selia oleh ahli-ahli sendiri."

Cadangan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang akan membolehkan menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang melantik dua wakil kerajaan dalam Badan Peguam.

Cadangan itu juga bertujuan untuk mengubah proses pemilihan Majlis Peguam dan komposisinya serta untuk meningkatkan kuorum yang diperlukan untuk mesyuarat agung badan berkenaan.

Apabila disoal oleh Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sama ada Azalina boleh memberi jaminan kerajaan tidak akan campur tangan dalam Badan Peguam, beliau menjawab dalam negatif.

"Saya tidak boleh memberi anda jaminan sekarang. Saya perlu mendapatkan persetujuan menteri-menteri kabinet," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS