Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin DAP pertahan PERMATA yang dinaungi Rosmah
Diterbitkan:  Sep 29, 2016 11:35 AM
Dikemaskini: 4:42 AM

Dengan tidak disangka-sangka, Program Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mendapat pembelaan seorang anggota dewan undangan negeri (ADUN) DAP Selangor.

Yeo Bee Yin, wakil Damansara Utama, berkata statistik membuktikan pelaburan kerajaan dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaaat kepada pembayar cukai.

Ia, katanya mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenayah, menambah hasil negara dan memperoleh pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia.

“Justeru, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, termasuk PERMATA, tidak harus ditolak terus hanya kerana orang yang mendukungnya tidak disenangi,” kata Yeo.

PERMATA bagaimanapun dibuang daripada senarai selepas penganjur dipersoal media berkaitan sumber dananya, menurut jurucakap badan itu Isnin lalu.

Anugerah itu ditangguh ke tahun depan.

Bagaimanapun Jabatan Perdana Menteri berkata Rosmah dan PERMATA menolaknya kerana enggan terganggu daripada tugas membangunkan kanak-kanak di Malaysia.

Yeo bagaimanapun kemudian menulis di Twitter meminta orang ramai membaca kenyataan penuh beliau berkaitan perkara itu.

“Pertahan pelaburan dalam penjagaan dan pendidikan awal (ECCE) tidak sama dengan pertahan Rosmah,” tulisnya.


[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS