Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
HARAPAN pilih Anwar sebagai PM, kata Pua kepada Dr M

Calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri kekal Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

Kenyataannya itu susulan selepas sekutu baru HARAPAN, penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata presiden protem partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pilihan utama sebagai calon perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

"Pendirian Pakatan Harapan kekal, Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri," kata Pua kepada Malaysiakini.

Ditanya jika ini dapat dipertahankan memandangkan Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun, beliau berkata: "Kami akan bimbang tentangmya kemudian."

Anwar dihumban ke penjara selepas didapati bersalah meliwat seorang bekas pembantunya pada bulan Februari 2015.

Beliau secara konsisten menafikan pertuduhan itu, dan mendakwa ia adalah konspirasi politik.Mahathir pada satu ceramah di London minggu lalu berkata Muhyiddin adalah pilihan utama, tetapi ini bergantung sama ada pemimpin penaja bekas timbalan perdana menteri itu dipilih sebagai presiden BERSATU dan dipersetujui barisan pembangkang.

Bekas PM itu juga mengakui bahawa tidak banyak perbincangan diadakan mengenai calon perdana menteri kerana ia boleh menjejaskan gabungan pembangkang itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS