Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam, Chang gugurkan saman berkaitan 1MDB di AS
Diterbitkan:  Sep 24, 2016 8:55 PM
Dikemaskini: 1:21 PM

Datuk Husam Musa dan peguam Matthias Chang menggugurkan saman mereka ke atas perbadanan berpangkalan di AS serta individu yang didakwa menggunakan dana 1MDB.

Keputusan itu dibuat melalui dokumen yang dikemukakan peguam mewakili kedua-dua mereka di Mahkamah Daerah New York Selatan pada semalam.

Berikut adalah notis penyingkiran yang boleh terbuka untuk tatapan umum di laman sesawang Akses Awam Untuk Rekod Mahkamah (Pacer) mahkamah AS:

"NOTIS PEMBERHENTIAN SUKARELA Menurut Kaedah 41 (a) (1) (A) (i) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan, plaintif (atau plaintif-plaintis) dan atau penasihat mereka, dengan ini memberi notis bahawa tindakan diatas secara sukarela digugurkan, TANPA prejudis terhadap defendan Goldman Sachs Group Inc, Debra Whelan Johnson, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Metropolis IX Capital Advisors, LLC, Red Granite Inc, Riza Shahriz Abdul Aziz , Low Taek Jho. Dokumen difailkan oleh Husam Musa, Matthias Chang. (Burke, Louis)."

Menurut Peraturan 41 (a) (1) (i) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan, plaintif secara sukarela boleh menolak saman mereka tanpa perintah mahkamah dengan memfailkan suatu notis penyingkiran sebelum pihak lawan memberi jawapan atau mengemukakan usul untuk penghakiman.

Pengguguran sukarela juga boleh dilakukan tanpa prejudis dan akan memberikan mereka kelonggaran untuk memfailkan tindakan undang-undang baru pada masa depan jika ia dirasakan perlu.

Bagaimanapun alasan tindakan itu diambil tidak dapat diketahui setakat ini.

Ketika dihubungi Husam yang pernah menjadi exco kanan Kelantan berkata beliau belum mendapat sebarang penjelasan daripada peguamnya.

"Bagaimanapun mereka akan memaklumkan perkembangan terkini tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Portal ini juga cuba menghubungi Chang untuk mendapatkan komennya.

Saman berkenaan difailkan di sebuah mahkamah di AS pada Ogos lalu.

Sementara itu dalam kenyataan kepada portal The Hollywood Reporter, syarikat Red Granite berkata tindakan menggugurkan saman itu adalah tindakan yang betul untuk dibuat kerana ia memang tidak wajar difailkan pun.

"Red Granite terus berusaha menjayakan projek baru sedia ada," katanya.

Dalam reaksi segeranya pula Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak mengutuk "media Barat" kerana gagal melaporkan perkembangan berkenaan.

"Saman oleh penyokong Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) mencetuskan berita global dan kontroversi ketika ia difailkan pada 11 Ogos (lalu).

"Namun anehnya The Wall Street Journal dan media lain di Barat tidak melaporkan semalam saman itu digugurkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saman itu dikemukakan Husam dan Chang dalam usaha mereka mendapatkan pampasan daripada kehilangan dana firma pelaburan negara serta memperoleh semula pelbagai aset yang didakwa diperoleh menggunakan wang diselewengkan.

[Baca berita penuh]

Husam: Saman di AS perlu dibuah suai


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS