Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Naib Presiden PKR keluar parti, kini bersama Shafie
Diterbitkan:  Sep 22, 2016 3:19 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Naib Ppesiden PKR Darell Leiking meninggalkan parti itu untuk bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membentuk pertubuhan baru untuk Sabah.

"Peletakan jawatan saya tidak perlu menjadi perhatian. Tumpuan sebenar ialah kita kini membentuk sebuah parti bagi mengubah Sabah," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Leiking yang kini berkhidmat sebagai anggota parlimen Penampang dilihat hadir bersama Shafie di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pagi tadi.

Mereka hadir dalam usaha mengambil alih sebuah parti sedia ada dan mengemukakan cadangan perubahan nama, logo dan dasar parti untuk didaftarkan ROS.

Sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil alih sebuah parti dan membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha mereka menghadapi BN dalam pilihan raya.

Dr Mahathir dan Muhyiddin berada dalam kem sama dengan Shafie dalam usaha mereka menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak ketika mereka masih berada dalam Umno.

Muhyiddin dipecat daripada parti itu pada Jun lalu bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala Shafie digantung keahliannya. Beliau kemudian mengumumkan keluar dari parti itu pada Julai 2016.

Dr Mahathir lebih awal mengumumkan keluar dari parti yang pernah diketuainya.

Beliau yang menjadi peguam sejak 1994 memenangi kerusi Penampang pada pilihan raya umum ke-13 lalu mengalahkan dua calon lain, Tan Sri Bernard Dompok (BN) dan Melania Annol (STAR) dengan majoriti 10,216 undi.

Leiking juga menjadi satu-satunya anggota parlimen PKR mewakili Sabah.

Ditanya mengenai parti baru itu Leiking, 45, enggan memberikan sebarang maklumat mengenainya.

Beliau juga tidak menjelaskan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun menegaskan perjuangannya menentang BN akan diteruskan.

"Sesiapa yang melawan kerajaan (BN) boleh menjadi sekutu," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS