Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sultan: Swastakan air kesilapan terbesar Johor
Diterbitkan:  Aug 30, 2016 12:30 PM
Dikemaskini: 6:23 AM

Kesilapan terbesar pernah dilakukan Johor adalah menswastakan Syarikat Air Johor, kata Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Katanya, masalah air negeri sekarang membuatkan beliau tidak tidur malam memikirkannya.

“Rekod hujan tahun ini separuh berbanding tahun lalu. Kamu boleh kayuh basikal di Empangan Congok di Mersing. Dua empangan di situ sudah kering.

“Tiada hujan. Malah ada catuan di bandar Mersing,” katanya ketika ditanya sama ada air masih menjadi isu di negeri itu.

Sultan Johor juga berkata negeri tidak perlu melihat jauh belajar menguruskan sumber air.

“Kita tak perlu tengok lebih daripada Singapura untuk belajar mengurus air. Jangan malu!” katanya dalam wawancara dengan New Straits Times hari ini.

Syarikat Air Johor diswastakan pada 1999 semasa pentadbiran menteri besar Tan Sri Besar Abdul Ghani Othman ketika itu.

Kitar semula

Sementara itu, Sultan Ibrahim juga berkata air untuk kegunaan industri mesti dikitar semula.

Memberi contoh di Pasir Gudang, katanya, kawasan industri di Pasir Gudang menggunakan air yang banyak, bernilai hampir RM4 juga sebulan tetapi kawasan perumahan di sebelahnya tiada bekalan.

“Apa yang orang ramai rasa?” soal baginda dalam wawancara bersama harian itu.

Dalam menguruskan air juga, Sultan Ibrahim juga berkata kerajaan negeri mesti mengambil kira alam sekitar supaya masa depan generasi kemudian tidak terjejas.

“Kamu tidak boleh pindahkan air sesuka hari dari satu sungai ke sungai yang lain,” katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan Kuala Lumpur supaya memahami sentimen Johor dalam membuat sebarang keputusan berkaitan kepentingan negeri.

“Bila kamu berunding dengan Singapura dan tidak rujuk kepada kami, ketika kita berkongsi sumber dan geografi yang sama, rakyat kita akan terjejas,” beliau dipetik sebagai berkata.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS