Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Parti liar DiCaprio dikaitkan dengan dana 1MDB’
Diterbitkan:  Aug 18, 2016 5:35 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan negara Malaysia, 1MDB mungkin ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, yang terkenal dengan penganjuran parti liar.

"Parti serba bebas dan liar ‘bacchanal’ di mana para isteri pasti tergugat dengan wanita Slavic yang pakaian menjolokkan mata di mana para pasangan secara terbuka bercengkerama di bilik mandi," adalah bagaimana The Hollywood Reporter (THR) menghuraikan majlis tahunan Yayasan Kebajikan DiCaprio (LDF) itu, berdasarkan mereka yang pernah menghadirinya.

Mungkin keterlaluan, tetapi ‘bacchanal’ boleh diterjemahkan sebagai "orgies" atau pesta seks berkumpulan dan ia merujuk kepada sambutan kumpulan kultus Bacchus, dewa purba anggur, kegilaan ritual, keghairan agama dan teater .

Sambutan itu terkenal dengan keseronokan hedonistik seperti penggunaan alkohol, dadah, seks, orgies serta kerakusan.

Dan jika laporan oleh penerbitan itu adalah benar, wang yang didakwa dicuri dari 1MDB mungkin didermakan kepada yayasan kebajikan itu di dalam salah satu parti liar yang dianjurkan bagi mengutip derma dan menghidangkan makan malam mewah dengan pelayan Slavic yang separuh bogel.

Ini, kata THR, adalah berdasarkan maklumat dalam pemfailan pelucutan aset berkaitan 1MDB yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika.

THR melaporkan pada majlis tahun ini yang diadakan pada 20 Julai lalu di St Tropez, tiket bermula pada harga AS$11,778, dengan DiCaprio menyambut kehadiran kira-kira 500 tetamu parti liarnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS