Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siapa perlukan kereta api berkelajuan tinggi RM40-80b?

ULASAN l Laporan terkini menyatakan projek kereta berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura yang bernilai antara RM40 bilion hingga 80 bilion akan diteruskan.

Tetapi sebelum keputusan muktamad dibuat, kita teliti sebab-seba berikut mengapa negara benar-benar tidak memerlukan projek berkenaan.

1. Ia adalah sangat mahal. Kosnya dianggarkan sekitar RM40 bilion. Tetapi jika projek ini hanya selesai pada 2026 - 10 tahun dari sekarang - ia pasti akan berganda. Kosnya akan bernilai sekurang-kurangnya RM80 bilion - hampir dua kali jumlah liabiliti terakhir 1MDB iaitu sebanyak RM42 bilion.

Jumlah itu adalah kira-kira dua kali peruntukan bajet RM41 bilion Kementerian Pelajaran bagi tahun 2016. Bayangkan bilangan sekolah dan universiti yang boleh dibina dan jumlah guru yang boleh kita latih. Untuk apa pengorbanan semua ini hanya untuk lebih cepat ke Singapura?

2. Ia tidak munasabah. Bagi projek berkenaan berdaya maju dan mendapatkan pinjaman bank, kita andaikan pulangan sebanyak 7 peratus ke atas kos projek ini. Ini adalah keuntungan RM5.6 bilion! Dengan mengandaikan margin 20 peratus tinggi, hasil mestilah berjumlah RM28 bilion untuk mendapatkan keuntungan. Dengan mengandaikan kos tiket RM200 sehala (tidak ada sesiapa yang sanggup membayar lebih dari jumlah itu), maka kita memerlukan 140 juta perjalanan setahun atau 384,000 perjalanan sehari. Ini agak mustahil!

3. Ia adalah tidak ekonomi. Ada yang akan mendakwa jutaan rakyat Singapura akan melawat Malaysia (tidakkah mereka sudah melawat?), membawa dolar Singapura membeli-belah, tinggal di hotel dan membeli hartanah di sini (memaksa harga untuk naik lagi - bagaimana ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia) dan membawa kepada ledakan di Kuala Lumpur? Tetapi bagaimana jika aliran itu bergerak ke arah yang bertentangan?

4. Ia akan memberi manfaat yang lebih kepada Singapura. Pernahkah kita menyoal mengapa Singapura bersetuju dengan projek ini? Ya, kerana ia projek membawa rakyat Malaysia ke Singapura yang dibina dengan wang Malaysia.

Jika apa yang dilaporkan betul, Singapura akan menanggung pembinaan di republik itu manakala selebihnya ditanggung oleh Malaysia. Singapura akan mendapat projek berharga pada harga cukup murah.

5. Terdapat alternatif. Perjalanan menerusi udara sudah cukup cepat.

Jika kamu mengambil kira waktu daftar masuk sebelum penerbangan selamat 15 minit melalui Subang sebagai lapangan terbang dan perjalanan ke Subang dari pusat bandar, selama 20 minit serta penerbangan pula memakan masa 35 minit manakala perjalanan ke pusat bandar Singapura kira-kira 20 minit - semunya juga berjumlah 90 minit.

Atau jika mahu lebih drastik, ingat kita mempunyai sebuah lapangan terbang di Kuala Lumpur iaitu Pangkalan Tentera Udara lama di Sungai Besi. Tanpa masa perjalanan selama 20 minit ke Subang, bermakna, kita boleh sampai ke Singapura dalam 70 minit! Lebih cepat daripada keretapi berkelajuan tinggi.

6. Beri peluang projek landasan berkembar RM30 bilion menunjukkan hasilnya. Malaysia di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dibelanjakan, memnbelanjakan kira-kira RM30 bilion bagi membina landasan berkembar, yang akan membolehkan kereta api untuk bergerak dalam kedua-dua arah pada masa yang sama dan pada kelajuan sehingga 160km sejam.

Bagi kereta api ekspres, masa perjalanan antara Kuala Lumpur ke Johor Bahru hanya kira-kira 100 minit. Dan dari sana, terdapat pelbagai cara ke Singapura. Ini adalah murah berbanding harga projek keretapi berkelajuan tinggi itu. Adakah perbezaan beberapa minit dalam masa perjalanan berbaloi dengan kos sebanyak RM80 bilion? Tidak!

7. Kereta api berkelajuan tinggi ke Johor Baru - Pulau Pinang lebih baik. Lebih masuk akal untuk menghubungkan Pulau Pinang dan Johor Baru melalui Kuala Lumpur dengan kereta api berkelajuan tinggi - jika ia boleh dilaksanakan, ekonomi dan wajar pada peringkat ini. Tetapi dengan landasan berkembar, ini benar-benar sia-sia buat masa ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS