Ahli jawatankuasa pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Akhramsyah Sanusi hari ini mempertahankan logo parti itu walaupun ada mendakwa ia hasil ciplak.
Ini susulan tweet semula, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung dakwaan oleh warga maya bahawa logo BERSATU diciplak dan hampir serupa dengan logo Sukan Komanwel 1998 serta logo pusat estetik Nexus Clinic.
"Shakespeare menulis, 'Apa ada pada nama? Mawar dengan nama lain tetap berbau harum.’ -juster, begitu juga dengan logo ini.
"Apa yang diwakilinya (BERSATU) adalah lebih penting daripada apa yang pesaing kami melihatnya,” kata Akramsyah ketika dihubungi.
"Bagi kami ia mewakili parti yang bersatu, jujur dan bermaruah dalam memperjuangkan sebuah negara Malaysia yang bebas daripada rasuah dan dengan institusinya diperbaharui bagi menyampaikan kemakmuran yang dijanjikan untuk semua," katanya.
Logo BERSATU memaparkan bunga raya berkelopak lima dengan latar belakang merah.
Logo Sukan Komanwel 1998 juga mempunyai bunga raya, manakala logo Nexus Clinic pula adalah serupa dengan daun klover berkelopak empat.