Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 11:28 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika, semalam kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset, kata Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch.

Ditanya sama ada wujudnya perjanjian untuk tidak menamakan Najib, beliau berkata: "Perjanjian kami hanya untuk merangka aduan seperti yang kami lakukan dalam hal pelucutan hak sivil dan ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu.

"Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan.

"Jadi ini, akan menjadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan," katanya pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman di Washington DC yang disiarkan secara langsung melalui internet.

Aduan yang difailkan di Los Angeles menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, rakan mereka dan ahli perniagaan, Jho Low serta dua pegawai kerajaan Abu Dhabi.

Saman itu juga membuat rujukan kepada “Malaysian Official 1".

Disoal mengapa individu itu tidak dinamakan, Lynch berkata aduan awam menjejaki pergerakan aset dan hanya "mendakwa apa yang kita perlukan untuk mendakwa bagi mendapatkan apa yang perlu kita dapat".

Beliau berkata matlamat utama adalah untuk mengembalikan dana yang dipercayai disalahgunakan, sebanyak kira-kira AS$3 bilion kepada rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada dana ini telah "lesap" termasuk membayar hutang judi dan "perbelanjaan gaya hidup".

Ini sebabnya, kata beliau mengapa pelucutan hak sivil itu terpaksa dibuat pada kadar segera walaupun siasatan masih sedang dijalankan.

Lynch berkata kelewatan lanjut boleh menyaksikan aset dipindahkan kepada pihak lain, menjadikannya lebih sukar untuk dirampas.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS