Terdapat amaran bom dikeluarkan ke atas sebuah pesawat penumpang Israel yang dalam penerbangannya dari New York ke Tel Aviv hari ini ketika ia melalui ruang udara di Switzerland, kata Skyguide, sebuah syarikat yang memantau ruang udara negara berkenaan.
Menurut jurucakapa Skyguide, Vladi Barrosa yang dipetik agensi dpa, dua jet tentera udara Swiss bergegas mengiringi pesawat El Al jenis Boeing 747 dan cuba menjalin hubungan visual dengan juruterbang.
Pesawat itu telah kemudiannya dilaporkan meninggalkan ruang udara Switzerland menuju ke Jerman.
Menurut Barrosa, amaran mungkin dikeluarkan oleh juruterbang tetapi beliau tidak memberikan apa-apa maklumat lanjut.
Jurucakap Tentera Udara Switzerland tidak segera bertindak balas berhubung pertanyaan untuk maklumat lanjut.