Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia jenis Aermacchi MB339CM dilaporkan terhempas di Nenasi, Pekan, Pahang sejurus sebelum 1 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu mengalami masalah teknikal ketika menjalani penerbangan latihan pada 12.54 tengah hari.
"Kedua-dua juruterbang pesawat itu dilaporkan selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal," kata kenyataan itu.
TUDM akan menubuhkan lembaga penyiasatan untuk mencari punca kemalangan.
- Bernama