Datuk Paduka Marina Mahathir membidas balik seorang menteri persekutuan dengan berkata bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak cekap yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan pasaran saham, dan bukan khabar angin mengenai anak perempuan yang lari.
Beliau berkata demikian kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, yang menyasarkan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan menggunakan contoh khabar angin tentang seorang anak perempuan bekas PM itu "lari dengan seorang lelaki India".
Salleh dalam menggunakan anekdot itu semalam berkata khabar angin itu telah menyebabkan pasaran saham di Malaysia dan di seberang Tambak Johor pada masa itu, jatuh.
"Dear Salleh, people eloping, especially when untrue, don't affect the market.
"VIPs stealing billions do. Idiots running countries, even more so," kata Marina, seorang aktivis sosial yang terkenal, di Twitter hari ini.
Kemudian, Marina menjelaskan dalam respons kepada tweet berikutnya bahawa beliau secara khusus bercakap tentang "ahli politik kaya" apabila beliau menyebut "VIPs".
Sejak tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan dakwaan skandal kewangan yang melibatkan RM2.6 bilion yang didakwa dalam akaunnya bank peribadinya dan mengenai syarikat dana negara yang bermasalah 1MDB.
Najib telah menafikan sebarang salah laku dan berkata, wang itu adalah sumbangan politik dari Timur Tengah, kemudian disahkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa ia adalah dari Arab Saudi.
Apandi juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku awal tahun ini.
Sementara itu, Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir yang beberapa bulan sebelum ini berkata beliau percaya wang itu adalah "pelaburan" dan bukannya sumbangan, kemudiannya mengaku bahawa negaranya tahu mengenai derma yang dikatakan diberikan tanpa ikatan.
Dr Mahathir, yang merupakan pengkritik utama Najib dan 1MDB , menjadi sasaran bekas rakan-rakannya dalam Umno sejak beliau meninggalkan parti itu ekoran keengganan perdana menteri untukmeletak jawatan.