Penamaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesilapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, Ahmad Zahid tidak sesuai untuk menggantikan Najib kerana beliau tidak popular dan ditolak oleh kebanyakan rakyat negara ini.
"Apabila namanya disebut (tersilap) sebagai pengganti berpotensi Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid.
"Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa," ujar Mahathir dalam blognya hari ini.
Sebelum ini, salah seorang panglima perang Mahathir, Datuk Seri Zaid Ibrahim, menyebut bahawa Zahid mungkin menjadi pengganti Najib.
Zaid mempertahankan kenyataan beliau dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan Umno dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berhasrat mahu mendesak Najib berundur dari jawatannya.