Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid ganti Najib: Bukan Muhyiddin tentukan, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menentukan sama ada beliau sepatutnya menjadi perdana menteri sekiranya Datuk Seri Najib Razak berundur.

“Bukan dia (Muhyiddin) yang menentukan,” kata Zahid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Zahid yang juga adalah menteri dalam negeri, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang berkata 'tak apa' jika Zahid memegang jawatan perdana menteri sekiranya Najib berundur.

"Kalau dia (Najib) pergi (undur) maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa,” katanya pada satu majlis di Puchong malam tadi.

Selain Muhyiddin, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mencadangkan Zahid diberi peluang untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Zahid turut ditanya mengenai tempoh kempen 12 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak.

"Lebih daripada cukup. Mereka telah mula berkempen dua tahun lalu," kata Zahid.

Mengenai rungutan pembangkang bahawa pemimpin mereka dihalang daripada ke Sarawak, Zahid berkata undang-undang imigresen Sabah dan Sarawak adalah di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS