Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Empat kertas siasatan dibuka terhadap Mahathir, kata IGP

Polis telah membuka empat kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas tindakan terbaru bekas perdana menteri itu yang didakwa cuba menghasut campur tangan asing bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

"Kami telah membuka empat kertas siasatan terhadap Mahathir.

"Sebahagian daripada kertas siasatan masih belum diselesaikan dan beberapa daripadanya sudah dikemukakan kepada Peguam Negara (Tan Sri Mohamad Apandi Ali).

"Ada (siasatan) kerana menghasut dan ada untuk perkara lain. Tiada keputusan dibuat setakat ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Khalid berkata demikian ketika ditanya sama ada polis sedang menyiasat Mahathir atas kenyataan terbarunya seperti yang dilaporkan oleh The Australian pada Sabtu lalu yang menggesa campur tangan asing.

Mahathir mendakwa, tekanan asing diperlukan untuk memaksa Najib berundur kerana saluran untuk mencari penyelesaian dalam negara ditutup sepenuhnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS