Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan: Tangkap warga asing menunggang tanpa lesen
Diterbitkan:  Apr 11, 2016 8:00 AM
Dikemaskini: 12:10 AM

Polis digesa menangkap pendatang asing yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal di negara ini tanpa lesen memandu sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata warganegara asing seperti Bangladesh dan Pakistan antara yang paling ramai dikesan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.

“Saya kecewa dengan situasi kerana boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen.

"Pasport yang digunakan mereka pula adalah bertujuan untuk pelancongan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup olahraga peringkat kebangsaan di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar semalam.

Shahidan berkata kebanyakan warga asing berkenaan dikenal pasti menggunakan motosikal sebagai kenderaan untuk menjual aiskrim dan karpet.

Justeru katanya, penangkapan warga asing yang tidak mempunyai lesen dilihat mampu menangkis persepsi masyarakat yang kononnya warga asing bebas menunggang motosikal tanpa lesen, tetapi warganegara sendiri (pelajar sekolah) ditangkap.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS