Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP cabar kerajaan jadi hos forum 1MDB
Diterbitkan:  Apr 10, 2016 7:57 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mencabar kerajaan menjadi hos forum di televisyen antara anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan wakil 1MDB, jika ia benar-benar percaya laporan PAC 'melepaskan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari salah laku.

Kit Siang berkata forum di televisyen secara langsung itu perlu menampilkan Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin dan wakil PAC dari DAP yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahrol Azral Halmi yang dipertanggungjawabkan oleh PAC dialu-alukan untuk turut serta, katanya.

Ia berikutan Hasan berkata laporan itu membersihkan PM daripada salah laku dan tindakan Pua yang "menjengkelkan" apabila mengatakan Hasan telah melakukan perkara yang sukar kepada PAC dalam siasatan 1MDB.

Kit Siang berkata, beliau juga bersedia menyertai forum berkenaan, manakala Pua bersetuju dengan cadangan itu.

"Saya telah membaca laporan PAC terhadap 1MDB dan saya tidak menemui apa-apa yang buatkan Najib terlepas dalam laporan itu. Adakah kita merujuk kepada laporan PAC yang sama? "Kata Lim dalam satu ucapan di Tasek Gelugor hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS