Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kanada beri status pelarian pada gay, ateis Malaysia
Diterbitkan:  Apr 6, 2016 11:39 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Permohonan status pelarian seorang rakyat Malaysia yang secara terbuka mengaku seorang gay dan ateis diterima oleh kerajaan Kanada.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada yang membuat keputusan itu selepas pendengaran 20 minit semalam.

Hazim Ismail, pelajar Universiti Winnipeg – yang bimbangkan keselamatan dirinya jika dihantar pulang ke Malaysia – amat terharu dengan keputusan itu.

“Saya rasa sangat sangat dihargai dan dicintai,” Hazim dipetik sebagai berkata oleh CBC.

Peguam Hazim, Bashir Khan berkata anak guamnya kini mempunyai status “orang dilindungi” dan justeru itu tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia.

Hazim akan menerima keputusan bertulis keputusan itu dalam tempoh tiga hingga enam minggu yang membolehkannya memohon taraf penduduk tetap di negara itu.

Keluarganya dilapor tidak lagi membiayai pendidikannya selepas mendapati beliau menjadi gay dan ateis.

Bagaimanapun sebuah kempen dinamakan GoFundMe dianjurkan Disember lepas bagi membantunya membayar yuran.

Berdasarkan gambar-gambar di media Kanada, beliau yang sering hadir bersongkok, mendapat sokongan masyarakat setempat.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS