Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MT Umno putuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz Mac 25 ini
Diterbitkan:  Mar 9, 2016 8:49 PM
Dikemaskini: 12:51 PM

Majlis Tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai nasib timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini digantung jawatan dan pemimpin pemberontak lain apabila ia bermesyuarat pada Mac 25 ini.

Mengikut satu artikel dalam akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily , nasib Muhyiddin akan diputuskan pada mesyuarat bulanan parti yang akan datang.

Akhbar itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh yang mengesahkan bahawa agenda mesyuarat berkenaan termasuk perbincangan mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap mereka.

Walau bagaimanapun, sama ada atau tidak mereka akan dipecat hanya akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang, lapor akhbar itu.

Ini kali kedua, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berdepan tindakan pemecatan apabila kedua-dua mereka menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Kali pertama, mereka berdepan dengan masalah adalah selepas mereka mengkritik Najib mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang berada dalam akaun perdana menteri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS