Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Deklarasi anti-Najib: Umno mungkin panggil mesyuarat tergempar
Diterbitkan:  Mar 5, 2016 8:11 PM
Dikemaskini: 12:15 PM

Umno mungkin memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan nasib Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal, lapor Star Online yang memetik Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Hassan Malek.

Muhyiddin yang digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno dan Shafie turut menandatangani deklarasi rakyat yang menyeru pengunduran Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Star Online memetik Hassan sebagai berkata Najib mungkin memanggil mesyuarat tergempar untuk menangani isu itu.

Katanya, Umno biasanya mengadakan mesyuarat sekali setiap bulan, tetapi beliau percaya perkembangan tersebut mungkin memerlukan mesyuarat tergempar diadakan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS