Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas AG tunjuk bukti kepada saya, kata Muhyiddin
Diterbitkan:  Feb 27, 2016 11:48 AM
Dikemaskini: 6:22 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah ditunjukkan bukti mengenai wang yang dikatakan dimasukkan ke dalam akuan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.

"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!" katanya dalam kenyataan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal bulan ini berkata tidak ada kes tetapi SPRM merayu keputusan tersebut.

Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden.

Menurutnya lagi, MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap dirinya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapannyayang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan Umno dan negara.

"Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib.

"Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib.

"Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib.

"Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib.

"Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersamanya.

"Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih.

"Kepada pemimpin akar umbi Umno terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah.

"Saya juga amat menghargai pendirian Umno Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!" tegasnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS