Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M setuju sertai himpunan 27 Mac bagi singkir Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau akan menghadiri perjumpaan tertutup bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 Mac ini sekiranya dijemput.

"Jika dijemput saya akan pergi, sudah tentu," katanya pada sidang akhbar selepas disoal-siasat oleh polis di Putrajaya hari ini.

Perjumpaan itu adalah anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata ia adalah mesyuarat tetutup dan hanya untuk "jemputan sahaja" yang dianggarkan melibatkan kira-kira 1,000 orang.

Zaid berkata anhtara yang akan dijemput itu termasuk wakil-wakil parti politik, pemimpin pelajar dan ahli-ahli masyarakat sivil yang mahu siasatan bebas ke atas 1MDB.

Mahathir juga pada sidang akhbar hari ini mengulangi bahawa beliau tidak mempunyai sebarang agenda peribadi terhadap Najib dan tiada sebab untuk berbuat demikian.

"Saya pesara dan dapat pencen RM10,000 sebulan, saya mempunyai makanan yang lebih banyak daripada yang saya boleh makan.

“Saya boleh melancong ke mana sahaja, saya boleh nikmati hidup ini dan saya tidak mempunyai masalah peribadi, tetapi saya bimbang tentang masa depan negara ini," katanya.

Pada sidang akhbar itu, Mahathir membidas Najib kerana tidak menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang melemparkan pelbagai dakwaan ke atas perdana menteri.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.

"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS