Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya akan merakamkan percakapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ekoran catatan di laman blog miliknya bekas perdana menteri itu.

Khalid berkata, pihaknya menjalankan tugas mereka untuk merakamkan percakapan Dr Mahathir susulan ekoran terdapat beberapa laporan polis berhubung catatan tersebut.

"Kita akan merakamkan percakapan itu hari ini, diaturkan di satu tempat. Hari ini, bukan di Bukit Aman," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman hari ini.

khalid ketika ditanya lokasi sesi rakaman tersebut, Khalid berkata: "Saya rasa sedang berlangsung sekarang."

Ketika ditanya sama ada sesi rakaman percakapan itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, Khalid berkata: "Mungkin. Saya rasa ya."

Pada 15 Februari lalu, Khalid mengesahkan bahawa beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Mahathir berhubung catatan di blog bekas perdana menteri itu.

Khalid sebelum ini telah menggesa mereka yang tidak puas hati dengan catatan di blog Dr Mahathir itu supaya membuat laporan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mendakwa bahawa catatan Dr Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu sebagai menghasut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS