Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lagi dakwaan muncul berhubung dengan dakwaan tahanan diseksa semasa dalam tahanan termasuk tahanan didakwa diancam dengan senjatapi dan didakwa dipaksa menonggeng untuk diliwat.

Selepas menerima surat yang didakwa ditulis oleh tujuh tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang memperincikan seksaan yang mereka alami, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata pihaknya menerima dakwaan tambahan dari enam tahanan lain bulan lalu.

Enam tahanan itu, dakwa Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy, didakwa dijadikan beg tumbukan oleh pegawai serta ditampar dan dipukul, walaupun memberi kerjasama semasa siasatan dijalankan.

Seorang dari tahanan khususnya diancam dengan senjatapi semasa disoal siasat, dipaksa berbogel dan dicabul secara seksual oleh pegawai.

"Tahanan ini telah dibogelkan dan menonggeng, duburnya diusap dengan botol air.

"Seorang lagi tahanan dipaksa berbogel dan dipaksa menonggeng untuk diliwat," kata Sevan, sambil menambah beliau tidak pasti sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.

Selain daripada seksaan yang dialami oleh tahanan tersebut, ahli keluarga juga didakwa dilayan dengan kasar dan isteri seorang tahanan didakwa dipukul tanpa sebab semasa tangkapan dibuat.

"Beberapa ahli keluarga telah ditampar oleh pegawai," katanya.

Aduan kepada EAIC

Mengecam seksaan yang didakwa dialami oleh tahanan berkenaan, Suaram hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), menggesa suruhanjaya itu supaya menyiasat perkara itu.

"Mereka (EAIC) telah berjanji untuk menjalankan siasatan; malah mereka telah pun mula menyiasat," katanya.

Sementara itu, penyelaras Suaram Amir Abd Hadi berkata NGO itu telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 22 Januari.

"(Oleh itu), Suhakam akan memberi lebih tumpuan kepada aspek hak asasi manusia manakala EAIC akan memberi tumpuan kepada prosedur operasi standard (SOP) polis (melakukan seksaan)," katanya sambil menambah bahawa wakil EAIC telah bertemu wakil Suhakam mengenai perkara itu.

Bulan lalu, Suaram mendedahkan surat yang ditulis oleh tahanan di bawah Sosma yang mendakwa mereka diseksa semasa dalam tahanan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS