Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Bashah kini ketua Umno Kedah
Diterbitkan:  Feb 11, 2016 11:51 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

Tujuh hari selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru untuk Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini diumum dilantik pula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jawatan Ahmad Bashah sebagai timbalan sebelum ini diisi Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan.

“Saya telah diarahkan oleh Presiden Datuk Seri Najib Razak untuk memaklumkan tentang perubahan jawatan dalam parti di peringkat negeri Kedah.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Perlembagaan Umno membenarkan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi perhubungan dilantik oleh presiden parti mengikut Fasal 9.8.1 dan 12.5.

Mukhriz yang juga anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya disingkirkan daripada jawatan menteri besar selepas sebahagian pemimpin Umno Kedah menyatakan rasa tidak percaya terhadapnya.

Walaupun cuba untuk bertahan Mukhriz - yang sebelum ini agak lantang terhadap kepimpinan atasan Umno - akhirnya meletak jawatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS