Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kain rentang CNY MP Kuala Pilah ucap 'Chai Fa Xi Gong'
Diterbitkan:  Feb 6, 2016 2:00 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Memang telah menjadi satu kebiasaan untuk kita melihat wakil rakyat memasang kain rentang mengucap selamat menyambut perayaan yang diraikan oleh rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Namun, kain rentang yang dipasang oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini menjadi perhatian.

Ucapan pada kain rentang tersebut yang dipasang dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Cina.

Tetapi ia menjadi perhatian kerana ucapan dalam bahasa Cina ditulis terbalik, berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'

Teks ruminya bagi perkataan 'cai' (nasib) juga silap dieja.

Kain rentang tu memaparkan gambar Hasan dengan ucapan 'Selamat Tahun Baru Cina 2016'.

Gambar kain rentang tersebut pada mulanya disiarkan di laman Facebook "We Fully Support Pakatan Harapan' dan dikongsi lebih 630 kali.

Kesilapan itu telah membuat sebilangan warga maya geli hati, dengan menghantar semula satu versi kain rentang itu dalam keadaan Hasan terbalik.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna Internet melihat kesilapan dari sudut positif, dengan menyamakan membaca mesej dari bawah ke atas umpama "kebangkitan" ke arah yang lebih baik untuk Tahun Baru Cina.

Hasan sebelum ini adalah menteri perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan koperasi tetapi digugurkan dalam rombakan kabinet Julai lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS