Seorang pegawai bank yang disiasat dalam siasatan berkaitan syarikat sarat hutang 1MDB di Singapura menafikan melakukan sebarang kesalahan.
Yak Yew Chee, yang berkhidmat di Bank BSI, sebuah unit dalam Grupo BTG Pactual SA, dilapor membuat dakwaan itu dalam dokumen mahkamah yang dikeluarkan hari ini, lapor Bloomberg .
Laporan itu memetik Yak sebagai berkata beliau tidak mendapat habuan secara salah dengan menguruskan akaun 1MDB, syarikat Abu Dhabi, Aabar Investments PJSC dan hartawan Malaysia Low Taek Jho.
Ini susulan pengisytiharan dibuatnya kepada bank itu pada 27 April 2015 dan mengeluarkannya semula dalam kertas-kertas mahkamah.
Yak sebelum ini menarik balik permohonan untuk membatalkan pembekuan akaunnya, bernilai S$10 juta oleh pihak berkuasa Singapura.