Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakapan Siti Hasmah tarik simpati warga maya
Diterbitkan:  Feb 3, 2016 3:54 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Sekeping gambar yang memaparkan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didakap ibunya Tun Dr Siti Hasmah Ali menarik simpati daripada warga maya.

Gambar yang dikongsi di laman Facebook Mukhriz Mahathir FC dirakamkan di Titi Gajah, kediaman rasmi menteri besar selepas Mukhriz mengumumkan peletakan jawatannya pagi ini.

Sebahagian besar warga maya melahirkan rasa sedih dan menggesa Mukhriz kekal bersabar sambil mengingatkannya bahawa perjuangan masih belum selesai.

Kira-kira dua minggu selepas pergolakan politik di Kedah tercetus, anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu akur melepaskan jawatannya tetapi berikrar tidak akan berdiam diri.

Spekulasi bertiup kencang bahawa penyingkiran Mukhriz ada kaitan dengan kempen bapanya untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, Mahathir memilih untuk tidak campur tangan dalam krisis ini, selain daripada berkata bahawa mereka di sebalik rampasan kuasa terhadap anaknya bertanggungjawabke atas kejatuhan Kedah ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Berikut antara komen di laman Facebook itu.

Shahidan Kedah Kasih seorang ibu .....dikala mcm ni lah diperlukan ibu disisi...Perjuangan belum selesai..

Shah Rizal Pelukan seorang ibu tu punya mukzijat yg besar..bisa menhilangkN gundah gulana hati serta mendamaIkan hati...

Rusli Hamid Dato Mukriz bersabar....Dato telah meninggalkan satu standard yg tinggi dlm pentadbiran negeri kedah...yg mana tak disenangi oleh kepimpinan atas Umno...walaubagaimana pun kami rakyat akan menilai bagaimana Bashah boleh ke tidak menandingi standart yg datok telah wujudkan....Allah maha Adil.....

Abu Hassan Jahanam Negeri Kedah ..

Kami Rakyat Kedah amat kecewa dah terguris hati dengan keadaan politik di Kedah. Seorang ikon anak muda yang diangkat menjadi MB, seorang pemimpin muda yang berintegriti terpaksa letak jawatan berbanding bashah yg terbukti kurap dan salahguna kuasa... kedah hari ni menjadi gelap seperti berkabung atas kehilangan MB yang dikasihi Rakyat seperti Almarhum Tan Sri Ust Azizan ... yang mana kedua tokoh ini mencorakkan sesuatu yang baik untuk negeri kedah dan rakyatnya ...

Firdaus Alfred Lepas ni pakat ramai2 keluar dari umno, lepas ni saya akan ke pejabat umno,keluar parti umno, masuk parti pas...Umno akan berkubur Pru14 nanti,ni janji rakyat kedah..

Kelana Putera MB kami, salute u.. Tok Det, Mak Tok Mah.. bangga ada anak yang disayangi rakyat seperti sayangnya rakyat pada Tok Det dan Mak Tok Mah..insyaAllah satu hari nanti...

Farid Izwan walaupun saya bukan orang kedah sebagai rakyat malaysia trut merasa kelihangan org yng penting sperti ayahnya sndri tun dr mahadhir...harap beliau terus bersabar dan cekal..apa2 pun kami tetap sokong perjuangan anda..

Ali Ali Begitu la kasih nya seorang ibu,walau dlam apa keadaan ibu la yg sentiasa di sisi...moga allah permudahkan segala urusan...aminnn..kami tetap setia pada dato mukhriz..

Mau Mau Aku sedih. Aku akan sokong pakatan rakyat. Aku hukum petualang bangsa itu. Apabila umno sudah bersih. Aku akan sokong kembali umno. Selamat tinggal umno.

Bro Min Good jobs najib..

Mcm nie la pm malaysia..

Najib telah mjalankn tanggungjawab yg terbaik n cemerlang..

Alhamdullillah..

Kedah akn kembali ke bawah kerjaan pas..

Lps nie lbh ramai rakyat kedah akn sokong pas..

George Leefook Syabas Dato Mukriz memang jika dilihat mata kasar Dato kalah tetapi pada saya dan rakyat Malaysia Dato tetap menang. Hanya mungkin belum rezeki Dato utk terus teraju Kedah, dan saya doakan Dato terus maju dpd langkah sekarang. Syabas atas keberanian Dato

Normah Zainol Don't be sad...ada hikmahnya disebalik penyinkiran...Allah telah membuka laluan mukhriz utk memimpin kedah Dan malaysia dimasa hadapan..

Idlan Ismail Farlan Ibu mna yg x sedih tngk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..DSMM bertabahlah ini salah 1 dugaan dri sang pencipta..insyaallah allah sentiasa bersama dengan pemimpin yg benar..sya ank kedah khususnya peminat bolasepak kedah amat sedih dgn perletakkan jawatan ini..apa-apa pun kmi rakyat kedah senantiasa di belakangmu..hidup DSMM!allahhuakhbar


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS