Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salleh: AG zaman Mahathir juga lakukan perkara sama
Diterbitkan:  Jan 27, 2016 10:00 PM
Dikemaskini: 2:12 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa peranan peguam negara tidak pernah berubah sejak zamannya berkuasa sebagai perdana menteri.

Salleh menegaskan perkara ini sebagai tindak balas kepada kritikan bekas perdana menteri itu terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Beliau berkata Mahathir membuat kenyataan "mengelirukan" tentang Apandi dengan memberi gambaran bahawa peguam negara melakukan sesuatu yang salah atau melampaui peranannya.

Sebaliknya, Salled berkata Apandi hanya melakukan tugas beliau.

"Dan ini juga adalah tepat bagaimana perkara ini dilakukan semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri - tidak lebih dan tidak kurang," katanya dalam satu catatan blog.

Mahathir mengkritik Apandi atas keputusan untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Perdana Menteri itu berkata, di Malaysia, peguam negara memutuskan sekiranya undang-undang telah 'retak' atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Salleh berkata beliau menjangkakan seseorang seperti Mahathir yang menjadi ahli parlimen dan perdana menteri selama 22 tahun mahir tentang undang-undang dan mengetahui fungsi, peranan dan tanggungjawab peguam negara.

Beliau menegaskan seperti agensi-agensi lain, SPRM hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat berdasarkan syak bahawa jenayah telah dilakukan.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS