Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita hilang hidung dipotong suami
Diterbitkan:  Jan 20, 2016 4:51 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Gambar seorang wanita yang putus hidungnya akibat dipotong suami mencetuskan kemarahan ramai dan menuntut lelaki terbabit dihukum atas kelakuan tidak bertamadun itu.

Reza Gul dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital tempatan di derah Ghormach di wilatah Faryab, barat laut Afgahnistan pad Ahad lalu, manakala suaminya melarikan diri dan bersembunyi di kawasan dikuasai Taliban.

Setakat ini belum diketahui mengapa Reza, 20, diserang begitu oleh suaminya sendiri.

Bagaimanapun media melaporkan lelaki terbabit - dikenali sebagai Mohammad Khan - baru pulang dari Iran baru-baru ini.

Ekoran menjadi buruan pihak berkuasa dia dipercayai menyertai kumpulan Taliban untuk mengelak daripada ditangkap.

Jurucakap kerajaan wilayah Faryab memberitahu, Mohammad Khan menggunakan pisau poket untuk memotong hidung Reza.

Katanya, pembedahan menyelamatkan hidung wanita terbabit tidak dapat dijalankan kerana kemudahan yang ada di hospital tempatan sangat terhad.

Dihukum tanpa bukti kukuh

Reza dinikahkan dengan lelaki itu lima tahun lalu, bermakna usianya baru 15 tahun ketika menjadi isteri.

Insiden berkenaan sekali lagi mendedahkan keganasan dialami wanita dalam masyarakat Afghanistan.

Aktivis hak wanita menuntut Kabul mengambil tindakan keras dan mendakwa, kejadian seperti itu tidak akan berlaku jika kerajaan mengenakan hukuman keras ke atas pelakunya.

Sebelum ini kerajaan memang berjanji untuk mengambil tindakan tegas ke atas setiap serangan ganas ke atas wanita namun keadaan sebenar di negara itu tidak banyak berubah.

November lalu seorang wanita direjam hingga mati di wilayah Ghor selepas dituduh berzina.

Pada Mac tahun lalu, seorang wanita lain dibelasah teruk dan dibakar di Kabul hanya kerana dituduh membakar al-Quran. Tuduhan itu bagaimanapun tidak dibuktikan benar.

Pada 2010 Time menerbitkan gambar Bibi Aisha, 18, sebagai muka depan majalah itu. Seperti Reza, hidung Bibi turut dipotong suaminya.

Pendedahan itu membuka ruang kepada Bibi diterbangkan ke AS untuk menjalani pembedahan mendapatkan hidung tiruan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS