Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP soal SPRM: RM2.6b atau RM4b?
Diterbitkan:  Jan 19, 2016 5:15 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendedahkan sama ada jika dakwaan bahawa RM4 bilion telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah benar.

Dalam membuat tuntutan itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, SPRM tidak perlu berdolak-dalih menjawap soalan berkenaan.

Katanya, suruhanjaya itu juga perlu mendedahkan sama ada ia mengesyorkan sebarang dakwaan diambil ke atas Najib berhubung dengan dana RM42 juta daripada SRC International yang dipindahkan ke dalam akaun perdana menteri.

"Dan jika ya, berapa (dakwaan)?" soalnya dalam satu kenyataan media.

Semalam, SPRM menafikan artikel Sarawak Report yang melaporkan agensi itu melengkapkan siasatan berhubung isu berkenaan yang didakwa mengandungi tidak kurang daripada 37 tuduhan berasingan terhadap perdana menteri dan kemudiannya diserahkan kepada Apandi.

Kebetulan, Apandi dalam kenyataannya berkata kertas siasatan mengenai kes itu dihantar semula kepada SPRM untuk penjelasan lanjut.

Siasatan itu menjadi perhatian pada Julai tahun lalu apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dana berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun persendirian Najib.

Najib kemudian menafikan sebarang salah laku, malah menjelaskan wang berkenaan adalah "derma" daripada pihak tertentu di Timur Tengah.

Beliau juga berulang kali menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan berkata dakwaan itu bermotifkan politik oleh mereka yang berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas mengenai dana RM42 juta daripada SRC International yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan adalah bekas anak syarikat 1MDB.

Menurut Lim, perkembangan terbaru membuktikan kenyataan perdana menteri pada mesej Tahun Baru 2016 bahawa skandal kembar mega itu telah diselesaikan adalah langsung tidak benar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS