Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafidah: Razak akan kecewa dengan situasi semasa negara
Diterbitkan:  Jan 14, 2016 12:36 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pasti akan kecewa dengan situasi semasa negara, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini.

"Saya selalu kata, Tun Razak benar-benar akan kecewa jika beliau tahu apa yang berlaku kepada negara pada masa ini," kata Rafidah pada Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua 1970-1976), di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, budaya politik yang membolehkan negara menjadi kuat dan dihormati semakin terhakis hari ini dan tumpuan juga tidak lagi diberikan kepada pembangunan negara.

Secara khusus, beliau mempersoalkan dasar pendidikan negara yang semakin tidak berkualiti hari ini.

Menurut Rafidah, polisi pendidikan hari ini menjadi sempit kerana penekanan kepada bahasa Melayu sehingga mengabaikan bahasa Inggeris.

"Beliau (Razak) tidak pernah terfikir bahawa pendidikan harus ditafsirkan sebagai hanya Melayu.

"Pergi jahanam dengan bahasa laindi dunia. Tidak, beliau tidak pernah bercakap seperti itu," katanya.

Malah dalam Umno mesyuarat Majlis Tertinggi ketika itu, Rafidah berkata, semua mereka bertutur dalam bahasa Inggeris.

Rafidah yang dilantik dalam Kabinet Razak sebagai senator ketika berusia 30 tahun dan adalah .

juga ahli Majlis Tertinggi semasa pada Razak memimpin Umno.

Beliau kemudian menjadi menteri penuh semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS