Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan mahu Pakatan Harapan nyata pendirian hudud
Diterbitkan:  Jan 8, 2016 3:54 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Keraguan terhadap perjanjian Pakatan Harapan bakal dimeterai oleh ketiga-tiga parti pembangkang esok terus mencurah, khususnya sama ada isu-isu hangat seperti pertikaian pelaksanaan undang-undang hudud telah diselesaikan.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi, Parti Gerakan, Baljit Singh berkata, gabungan itu, yang masih terdiri daripada ‘muka lama’ seperti DAP, PKR dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu menyatakan pendirian mereka mengenai hudud.

"Sandiwara lucu lagi mengelirukan oleh bekas Pakatan Rakyat yang membabitkan pemimpin sama masih segar dan jelas dalam minda rakyat," kata Baljit dalam satu kenyataan.

"Banyak soalan-soalan kritikal berhubung hudud tidak dijawab oleh DAP, PKR dan AMANAH yang menjadikan ikrar untuk menandatangani perjanjian itu tidak bermakna.

"Adakah mereka akan mengeluarkan kenyataan bersama untuk menghalang PAS daripada membentangkan undang-undang hudud di Parlimen? Bersediakah AMANAH menggugurkan rancangan melaksanakan hudud jika DAP menentangnya?" soal Baljit.

Menurutnya, rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas tanpa samar-samar sebelum perjanjian Pakatan Harapan ditandatangani esok.

Jika tidak, Baljit berkata penjenamaan politik baru Pakatan Harapan tidak menawarkan banyak perubahan seperti ‘hantu’ Pakatan Rakyat yang masih hidup.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS