Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Seperti dijanjikan, musim sejuk 1MDB berakhir
Diterbitkan:  Dec 31, 2015 4:17 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Memetik janjinya pada bulan Jun lalu bahawa semua masalah yang dihadapi 1MDB akan diselesaikan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu kini menyaksikan musim bunga.

"Oleh itu, adalah jelas bahawa cabaran utama 1MDB kini di belakang seperti yang saya anji pada musim panas lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Najib dengan bangganya menghuraikan bagaimana 1MDB telah menandatangani beberapa perjanjian yang akan menyaksikan hutang syarikat itu berkurangan kepada kira-kira RM40.4 bilion.

Katanya, ini mewakili sebahagian besar daripada hutang RM46 bilion yang ditanggung oleh 1MDB.

Antaranya, adalah penjualan 60 peratus ekuiti dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

Perjanjian itu diumumkan hari ini dan Najib berkata ia akan membebaskan 1MDB dengan jumlah hutang sebanyak RM7.1 bilion.

Sebelum ini, 1MDB juga melupuskan aset tenaga miliknya, Edra Energy.

"[...] Dan apa yang tinggal adalah bagi perjanjian yang telah dimeterai diselesaikan dan langkah-langkah terakhir program rasionalisasi 1MDB disiapkan," kata Najib.

Penjelasan Najib tepat pada waktunya apabila bekas ahli Umno Anina Saadudin, semalam menuntut perdana menteri menunaikan janji-janjinya.

Keahlian Anina dalam Umno secara automatik dibatalkan selepas dia memfailkan saman terhadap parti Melayu itu dan Najib berhubung derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS